Unilever
Unilever plc/N.V. ialah syarikat produk kepenggunaan transnasional British-Belanda yang beribu pejabat di London, United Kingdom dan Rotterdam, Belanda. Produknya termasuk makanan dan minuman (kira-kira 40 peratus daripada hasilnya), agen pembersih dan produk penjagaan peribadi. Ia merupakan syarikat barangan pengguna terbesar di dunia yang diukur pada tahun 2012. Ia merupakan syarikat ketujuh paling bernilai di Eropah. Unilever ialah salah satu syarikat multinasional tertua; produknya boleh didapati di sekitar 190 negara. Unilever mempunyai lebih daripada 400 jenama, dengan perolehan pada 2016 sebanyak 52.7 bilion euro, dan pada 2017 sebanyak 53.7 bilion euro dan tiga belas jenama dengan jualan lebih dari satu bilion euros: Axe/Lynx, Dove, Omo, ais krim Heartbrand, Hellmann's, Knorr, Lipton, Lux, Magnum, Rexona/Degree, Sunsilk dan Surf. Ia merupakan syarikat berdaftar dua yang terdiri daripada Unilever plc, yang berpusat di London, dan Unilever N.V., yang berpusat di Rotterdam. Kedua-dua syarikat beroperasi sebagai perniagaan tunggal, dengan lembaga pengarah bersama.
Teks daripada artikel Wikipedia Unilever, CC BY-SA 4.0.