Kopi
Coffee
Kopi, kahwa atau kawa adalah minuman daripada biji-biji sejenis tumbuhan dalam genus Coffea yang dipanggang dan dikisar, air ini berperisa pahit manis dan disediakan panas atau sejuk. Kopi mempunyai kesan perangsang kepada sesiapa yang meminum kerana mengandungi kafeina. Pada hari ini, kopi menjadi salah satu minuman yang paling disukai di seluruh dunia. Minuman ini mula ditemui dalam abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah. Penemuan ini menyebabkan minuman kopi merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia dimasyhurkan dalam kalangan ahli sufi dan pada abad ke-15, minuman ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika. Dari dunia Islam, kopi tersebar ke Itali dan seluruh Eropah sehingga akhirnya pergi sejauh benua Amerika.
Teks daripada artikel Wikipedia Kopi, CC BY-SA 4.0.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris
中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español · English