Starbucks
Starbucks Corporation (NASDAQ: SBUX) adalah rangkaian kedaikopi dan kopi antarabangsa berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi. Melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit. Daripada pengasasan Starbucks' di Seattle sebagai satu pemanggang biji kopi setempat dan peruncit, syarikat telah berkembang dengan pesat. Dalam 1990-an, Starbucks merasmikan sebuah gedung baru setiap hari bekerja, satu langkah yang berterusan hingga 2000-an.
Teks daripada artikel Wikipedia Starbucks, CC BY-SA 4.0.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris
中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español · English