Coffee Wiki
Nestlé
Brand

Nestlé

Nestlé S.A. (/ˈnɛsleɪ/, dahulu /-əlz/; bahasa Melayu: [nɛsle]) ialah sebuah syarikat makanan dan minuman transnasional Switzerland yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Vevey, Vaud, Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang ditubuhkan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan. Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland. Saham-saham syarikat ini disenaraikan dalam Bursa Swiss SWX. Sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.

Teks daripada artikel Wikipedia Nestlé, CC BY-SA 4.0.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris

中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español · English