Coffee Wiki
J.CO Donuts
Brand

J.CO Donuts

J.CO Donuts & Coffee ialah francais syarikat roti dan kuih Indonesia yang menjual item makanan donut dan kopi dengan pelbagai. Syarikat ini dimiliki dan diuruskan oleh Johnny Andrean, seorang pendandan rambut terkenal beretnik Cina. J.CO Donuts & Coffee mula berdagang pada tahun 2005. Keluarannya yang terlaris ialah 'Al Capone'. Donat berbentuk gelang ini dinamakan sempena seorang mafia Amerika yang paling digeruni ini, diperbuat daripada doh yang lembut dan ringan, kemudian disalut coklat putih Belgium dan badam California, menjadikannya salah satu daripada campuran yang diperkenalkan oleh J.CO ke Indonesia. Selain donat, J.CO juga menghidangkan kopi arabica yang dikisar dari kacang-kacang yang ditanam di Brazil, Colombia, Costa Rica, Guatemala dan Indonesia lalu diproses di Itali. Francais ini pernah dikritik sebab meniru gaya Krispy Kreme, penjual donat Amerika Syarikat. namun begitu, di Asia Tenggara, J.CO mendahului Krispy Kreme dan syarikat pesaing lain dari segi pembeli harian, anugerah maupun hasil jualan. J.

Teks daripada artikel Wikipedia J.CO Donuts, CC BY-SA 4.0.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris

Bahasa Indonesia · English