Coffee Wiki
Kafeina
Topic

Kafeina

Caffeine

Kafeina (disebut [ka.féi.na], juga kafein) ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung, dan sistem pernafasan; ia juga bersifat diuretik yakni boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar. Kafeina dikelaskan sebagai selamat secara am oleh pihak FDA di Amerika. Dos racun ialah 10 gram sehari bagi seorang dewasa, jauh melebihi pengambilan lazim, iaitu kurang 500 mg sehari. Secawan kopi lazimnya mempunyai 80–175 mg, bergantung kepada biji kopi yang digunakan, cara pembakaran dan penyediaan. Meskipun begitu, serbuk kafeina tulen boleh membawa maut dalam jumlah sebesar sudu biasa.

Teks daripada artikel Wikipedia Kafeina, CC BY-SA 4.0.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris

中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español · English