Ajinomoto
Ajinomoto Co., Inc. (味の素株式会社, Aijinomoto Kabushiki-gaisha) (TYO: 2802 ) ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan farmaseutikal. Terjemahan harfiah untuk Aji no Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat. Ajinomoto kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004. Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Ajinomoto, pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan pantas berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto USA, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang meluas ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan. Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.
Teks daripada artikel Wikipedia Ajinomoto, CC BY-SA 4.0.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris
中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español · English